TIPS

TIPS MENJAGA BATTERY KERETA


Ada kereta batterynya tahan 1 tahun, ada yang tidak sampai, tetapi ada yang pakai sampai 4 atau 5 tahun. sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan battery tidak tahan lama.

Untuk battery yang bukan maintaince free,
-sentiasa memerhatikan paras air bateri, kalau kurang tambah.

battery yang maintainance free,
-selepas jaminan, seperti 1 tahun atau 1/2 tahun, kadang-kadang kena check paras air bateri. MAINTAINANCE FREE TIDAK BERMAKSUD SEL KERING!! cuma airnya kurang mengejat.

tips umum~
  • Pastikan kepala batery bersih sentiasa, kalau rosak tukar kepala bateri tu, kadang-kadang charge kereta       tidak cantik, susah start engine disebabkan kepala tembaga tu.
  • Pastikan wire battery dalam keadaan baik
  • Pasang volt stablizer, grounding wire kalau boleh
  • Check altenator, sebab kalau recharging battery tidak bagus, battery pun cepat rosak.
  • Kurangkan penggunaan amplifier, sportlight dan sebagainya.

Info berguna: jika hari ini hujan, besok cerah, cek paras air bateri, sebab air bateri akan mengejat. kalau bateri yang nyawa-nyawa ikan, akan rosak bateri dia.

FUNGSI MINYAK PELINCIR SEJUKKAN GESERAN SILINDER

MINYAK pelincir atau lazim disebut minyak hitam (walaupun tidak berwarna hitam) cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh bergerak dengan lancar. Ia perlu ditukar pada  setiap 5,000 atau 10,000 kilometer mengikut jenis dan grednya.

Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh dilakukan pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan pengedar.

Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.

Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkan bahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air.

Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.

Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000 hingga 8,000 kilometer atau enam bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan.

Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar menukarkan minyak pelincir sendiri kerana ia mudah dilakukan dengan menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan bekas untuk mengisi minyak pelincir lama.

Peralatan lain yang diperlukan ialah jack atau bicu untuk mengangkat bahagian kereta bagi memudahkan anda memutarkan skru pada kotak minyak pelincir. Adalah lebih baik jika minyak hitam dikeluarkan sehingga titisan terakhir.

Anda juga disyorkan supaya mengeluarkan minyak pelincir lama untuk diganti ketika enjin masih panas. Ini kerana pada masa itu, minyak pelincir akan bercampur komponen kekotoran bahan bakar yang perlu dihapuskan ketika minyak pelincir itu disalurkan ke luar.

Jika enjin kereta tidak
cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak pelincir, eloklah
dihidupkan enjin itu untuk beberapa minit terlebih dulu.
Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak.

Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.

Masalah itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit menyebabkan berlaku kehausan sehingga minyak pelincir akan mengandungi serbuk logam.

Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian minyak berkenaan terjadi dalam tempoh singkat menyebabkan ia menjadi hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam keadaan biasa.

Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak berkenaan bagi melancarkan perjalanan kenderaan anda.

Ini kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding silinder daripada oksida, karbon dan kerak yang terjadi hasil pembakaran dalam bahagian berkenaan.

Jadi, di samping mencairkan sebarang pemejalan minyak, ia turut membawa kotoran yang ada di
dalamnya dan membersihkan bahagian berkenaan. Jadi, apabila sudah kotor, minyak itu perlu diganti baru dengan segera untuk mengelakkan kerosakan pada bahagian enjin.

CARA MENYIMPAN KERETA DAMLAM TEMPOH LAMA


Select/Unselect multi-quote

ADA
ketikanya anda ada urusan di luar negara dan terpaksa meninggalkan
kereta berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Anda mungkin berasa
bimbang kereta anda rosak dan prestasi menurun kerana tidak dihidupkan
enjinnya.

Bagi sebahagian orang kereta bukan sekadar alat
pengangkutan, tetapi sebagai koleksi yang sangat disayangi. Ada yang
jarang menggunakannya hingga diletakkan dalam garaj untuk tempoh yang
lama.

Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh
yang lama ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan.

Ada
beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu lama sama ada
dalam masa enam bulan hinggalah setahun tanpa mengurangkan prestasinya.
Jika anda berhadapan dengan situasi itu, apa yang paling utama ialah
meletakkan kenderaan di garaj yang kering dan redup.

Selain
itu ikuti beberapa langkah yang harus dilakukan. Langkah pertama ialah
mencabut kabel bateri kenderaan. Ia untuk mematikan arus bateri
kenderaan, jika ditinggalkan terlalu lama bateri kenderaan boleh
menjadi lemah.

Isi penuh tangki bahan bakar jika anda
menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, bertujuan mengatasi masalah
wap, kerosakan disebabkan air dan pembentukan karat. Sebelum anda
menyimpan kenderaan, gantikan minyak enjin dan penapisnya.

Titiskan
minyak enjin baru ke selinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada
selinder berkenaan. Anda juga perlu mengeringkan semua sistem pendingin
untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk
mencegah masalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan
aluminium.

Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiotor.
Jika usia penyejuk sudah satu setengah tahun, gantikan dengan yang
baru. Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia melebihi dua tahun. Minyak
yang sudah lama akan merosakkan komponen logam.

Untuk
mengelakkan kerosakan pada penyerap hentak kenderaan, tual
keempat-empat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen
penyerap hentak yang lain.

Selimutkan kereta anda dengan kain,
jangan lupa membuka sedikit cermin tingkap untuk memberikan ruang udara
keluar masuk. Berdasarkan maklumat berkenaan ia membantu anda untuk
mengatasi masalah terhadap kenderaan apabila ditinggalkan untuk suatu
tempoh yang lama.


CARA MENGATASI MASALAH ENJIN TIDAK BERFUNGSI

Select/Unselect multi-quote  

ENJIN
adalah elemen terpenting bagi sesebuah kenderaan. Namun, ada ketikanya jika tidak bernasib baik, enjin tidak dapat dihidupkan walaupun kunci sudah diputar ke arah start.

Ada beberapa kemungkinan kerosakan yang boleh terjadi berdasarkan gejala, sebab dan pembaikan yang boleh dilakukan.

Jika ada masalah dengan sistem pemula (starter), kita perlu belajar cara menghidupkan enjin apabila bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak.

Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:

l     Hidupkan enjin dengan menolak
      kenderaan (untuk kereta manual). Meskipun bateri dalam keadaan lemah,
      enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila
       bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.

Pertama,
nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk
menolak kenderaan anda ke depan. Apabila kenderaan sudah bergerak cukup
cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat berfungsi,
pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk
meninggikan putaran enjin.

Menggunakan prosedur yang sama, kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain. Prosedur kedua-dua cara itu tidak dapat digunakan untuk kereta automatik.

l      Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan
       bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang
       baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan
       dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan
        negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini dapat dilakukan
       apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama.

Satu lagi masalah yang mungkin dihadapi ialah motor starter berfungsi tetapi enjin tidak dapat dihidupkan.

Ketika suis kontak starter diputar, motor starter berfungsi tetapi gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan
baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.

Pelan bersiar-siar ditangguhkan sehingga masalah diatasi. Kini mereka meneruskan misi untuk mengesan masalah yang terjadi. Dalam keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada motor starter, gigi motor starter atau roda daya rosak.

Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor starter berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.

Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem petrol) atau sistem penyalaan. Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu menunjukkan kerosakan tidak berlaku pada bateri dan peralatan start.

Biasanya, apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak akan secara tiba-tiba rosak. Justeru, kerosakan harus dicari pada sistem penyaluran petrol dan sistem penyalaannya.

Apabila keadaan itu terjadi, perkara yang harus diperiksa adalah: adakah minyak dalam tangki, adakah minyak dalam karburetor cukup? Jika cukup, ini bermakna kerosakan mungkin terletak pada sistem penyalaan.

Jika melimpah pula (karburator basah), enjin sukar distart kerana minyak yang masuk dalam ruang pembakaran terlalu banyak. Minyak melimpah biasanya terjad kerana tutup jarum yang mengendalikan kemasukan minyak ke ruang pelampung (dalam karburator) tidak berfungsi, mungkin kerana tersekat
habuk.

Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan, keluarkan minyak daripada karburator, bersihkan kotoran di tutup jarum dan masuk semula minyak.

Enjin yang karburetor melimpah boleh dihidupkan dengan cara berikut. Pijak pedal petrol sepenuhnya, jalankan motor starter. Minyak yang masuk dari karburetor ke silinder melalui saluran isap dapat dihilangkan dan selepas itu enjin dapat berfungsi. Kawal injak minyak sedemikian sehingga putaran enjin terlalu tinggi.

Meskipun demikian, ada kemungkinan enjin tidak dapat berfungsi, sedangkan karburator tetap melimpah. Dalam hal ini, jika tidak tahu membetulkan sendiri, adalah lebih baik bawa ke bengkel untuk dibaiki...


PUNCA BREAK KENDERAAN MENGELUARKAN BUNYI


Select/Unselect multi-quote

SECARA MEKANIKALNYA, FUNGSI DAN KEBERKASANAN UNTUK MEMBERHENTIKAN KENDERAAN SEWAKTU DLM KEADAAN BIASA ATAU SAAT KECEMASAN BERLAKU APABILA CAKERA BREK DIKEPIT ATAU DIAPIT OLEH PELAPIK BREK YANG DIGERAKKAN MELALUI SISTEM BENDALIR DI DALAM TAKUNGAN SILINDER UTAMA. INI MERUPAKAN FUNGSI MANUAL SISTEM BREK KENDERAAN YANG MASIH BANYAK DIGUNAKAN WALAUPUN TERDAPAT KENDERAAN MODEN KINI MENGGUNAKAN ANTILOCK BRAKING SYSTEM (ABS) SEBAGAI KELENGKAPAN KESELAMATAN TAMBAHAN PADA SISTEM BREK. KEDENGARAN BUNYI KECIL SEWAKTU MENGGUNAKAN ABS ADALAH PERKARA BIASA ATAU NORMAL..
BERDASARKAN KAJIAN YANG DILAKUKAN TERDAPAT BEBERAPA FAKTOR YANG MENYEBABKAN SISTEM BREK MENGELUARKAN BUNYI KETIKA MENEKAN BREK..
  1. CAKERA BREK ( BRAKE ROTOR DISC ) BERFUNGSI MEMPERLAHANKAN ATAU  MEMBERHENTIKAN PUTARAN RODA PADA KENDERAAN SETELAH DIAPIT OLEH PELAKA BREK.
  2. PELAKA BERK ( BRAKE PAD ) PELAKA BREK ADALAH SEJENIS KOMPONEN YANG BERTINDAK MENGAPIT BAGI MENIMBULKAN GESERAN PADA CEKERA BREK AGAR RODA KENDERAAN DAPAT DI PERLAHANKAN.
  3. ANGKUP ( CALLIPER ) BERFUNGSI MENEMPATKAN ATAU PEMEGANG PELAKA BREK SETERUSNYA MENGGERAKKAN PELAKA BREK MENEKAN CAKERA BREK KETIKA MENEKAN PADEL BREK.
  4. SUSPENSI BREK, OMBOH, PISTON, NAT, SKRU BREK DAN KLIP BREK 

TIPS MEMBELI TAYAR KERETA

Apa erti kod pada sisi tayar kenderaan kita??

Kadang kala kita
terleka dan tidak mengambil kira dalam membeli tayar kenderaan kita, ia
boleh mengakibatkan kemalangan atau ketidaksuaian dengan kederaan kita,
cuba kita perhatikan dan renungan sejenak mengenai kod atau simbol yang
terdapat di bahagian sisi tayar kenderaan kita....

Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar :

175/70R13/82H

- lebar permukaan bawah tayar : 175 mm
- lebar permukaan sisi tayar : 70 mm
- jejari : R
- diameter rim : 13 inchi
- indeks...