JPJ application

UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),Terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri kesetabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:
  • Pemasangan "air spoiler'' dibahagian hadapan dan belakang.
  • Pemasangan ''side skirt'', ''aerofoil'' dan ''door visor'' pada kereta.
  • Pemasangan ''protecting guards'' pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
  • Pengubahsuaian kecil pada jeriji radiotor,bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu.
  • Pengubahsuaian kecil dan melebarkan jarak tayar atau penahan lumpur.
  • Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (samaada jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang.
  • Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
  • Pemasangan para bumbung.
  • Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
  • Pemasangan sun roof diatas bumbung.
  • Pemasangan sportlight atau lampu halogen (berwarna putih atau kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu sedia ada.
Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kecil dan pemasangan aksesori-aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988.

Contohnya:-
  • Sekiranya air spoiler, aerofoil atau side skirt dipasang, ianya tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.
  • Sekiranya door visor dipasang, ianya tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi.
  • Sekiranya rim atau tayar lebar digunakan, ianya mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau mudflaps.
  • Sekiranya protecting guards dipasang, ianya tidak boleh menutupi lampu-lampu kenderaan. Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm. Di samping itu lebar keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta yang asal.
  • Sekiranya tambahan bumper besar atau protecting guards dipasang, lebihan bahagian hadapan dan belakang tidak boleh melebihi 50% dari bes roda kenderaan.
  • Jarak headlamps dan lampu isyarat tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing diukur dari badan yang terlebar selepas pengubahsuaian.
  • Sekiranya para bumbung dipasang, ianya tidak boleh melebihi panjang bumbung, atau lebar kenderaan atau ketinggian 400mm diukur dari bahagian teratas para bumbung.
  • Pemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan
  • Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
  • Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.
  • Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
  • Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.
  • Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.

Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.

UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ

Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-

  • Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
  • Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
  • Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
  • Pengubahan ke atas sistem bahanapi.
  • Pengubahan ke atas sistem brek.
  • Pengubahan ke atas sistem steering.
  • Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
  • Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.
  • Penukaran enjin.


borang permohonan untuk meluluskan pengubahsuaian


(DIBERI PERCUMA)
______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

Tarikh :

Kepada :

Pengarah
Bahagian Teknik,
Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia,
Aras 2, Blok D4, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62620 PUTRAJAYA.

Tuan,

Permohonan Menambah Penumpang/Memasang Kanvas/Tambah Pagar Sisi/Iklan/Bawa Bot/Surf Board/Bawa Tangga/Tambah Tangki Minyak/Gear Manual @Auto/ _________________________________________________________

No. Pendaftaran : _______________________________
Model : _______________________________
Jenis Badan : _______________________________

Berikut disenaraikan syarat-syarat untuk permohonan yang tersebut diatas:-

Salinan Kad Pendaftaran

Salinan Lesen Perniagaan

Salinan Permit LPKP

Lakaran Menunjukkan Saiz Dan Berat

Lakaran Saiz

__________________________________


Sekian, terima kasih.

Tandatangan : ____________________________
Nama/Cop Syarikat : ____________________________
____________________________
____________________________

Nota : Yang Berkenaan

* Hendaklah ditaip

MODIFY KETA? ISI BORANG NIH.


PROSUDER TUKAR ENJIN
prosedur:

a. sblm konbet, kene hantar
    surat ke jpj putra jaya bahagian teknikal (kawal selia), memohon utk
    tukar engine.. 1.3 sohc ke pada engine yg diingini lah...

b. jpj putrajaya bah. teknikal (kawal selia) akan kuarkan surat kelulusan atau tak lulus...

c. kalau lulus, ko bleh teruskan buat konversion...

d. bila dah siap kete konbet, kene bawak kete ke mana2 jpj terdekat utk dipandu uji...

e. kalau lulus, jpj akan keluarkan surat lulus.,..

f. bawak surat jpj lulus nih tadi ke jpj putrajaya (kawal selia) dan
   dapatkan lagi satu surat dari mereka, dan dalam surat tu akan berbunyi
   lebih kurang macam nih la ayat dia " sila bawak kenderaan tuan ke
   puspakon utk pemeriksaan"...

g. bawak kete pegi mana2 puspakom
    utk test atas alat2 komputer pula, macam side slip, headlight, braking,
    chasis n sebagainye... bayaran: rm40 sahaja...

h. kalau lulus,
    sila ke jpj ke kaunter isik borang 6a kalau tak silap (lupe dah) utk
    potong no. engine lama pada geran... kalau roadtax masih hidup, kene
    isik borang lagi satu, utk refund balance roadtax 1.3 tuh... so
    biasanye bende nih makan 3 hari utk setel.. dan dia akan suruh cabut
    roadtax 1.3 asal elok2, dan bagi kat dia.... kalau roadtax dah mati,
    kene tunggu dalam 30menet - 1jam je utk setelkan pemotongan no. engine
    lama...

i. lepas tu pegi ke agen insuren utk buat insuren baru
   (tambah dalam rm50-70 la) utk dapatkan insuren baru dengan no. engine
   baru...

j. pegi balik jpj dengan insuren nih tadi utk dapatkan roadtax...


F.A.Q:

a.  sblm konbet, kene hantar surat ke jpj putra jaya bahagian teknikal
     (kawal selia), memohon utk tukar engine.. 1.3 sohc ke pada engine yg
     diingini lah...

Soalan : Kena bawak dokumen apa untuk memohon tukar enjin ni? SUrat kastam? Resit
beli hafkat?Mesti beli hafkat dulu ke sebelum apply surat kawal selia..


ini bukan nak apply surat kawal selia... ini memohon nak tukar henjin je...
kire '0' lagi takde apo2... just kita bagitau "saya memiliki satria 1.3
dengan no engine 4g13p bla bla bla, dan ingin memohon untuk menukarkan
engine nya kepada 4g62 dohc atas sebab engine lama dah kong" <---
cth ayat, tak payah dokumen apo2


b.   jpj putrajaya bah. teknikal (kawal selia) akan kuarkan surat kelulusan atau tak lulus...

Soalan : Macamana nak tau kete kita akan lulus ke tak lulus? Takut dia lulus
tak lulus ikut mood je..Rugi je kang kalau dah bayar deposit hafkat..


dia akan luluskan kalau permohonan kita masih dalam had yg dibenarkan, cth
yg tak dibenarkan ialah 1.3 ---> 1.8, atau cc yg melampau2, atau
jenis engine yg tak sama langsung...


c.  kalau lulus, ko bleh teruskan buat konversion...

d.  bila dah siap kete konbet, kene bawak kete ke mana2 jpj terdekat utk dipandu uji...

e.  kalau lulus, jpj akan keluarkan surat lulus.,..

Soalan : Kalau dah conbert, dia tak luluskan macamana lak? Biasanya, apa yang menyebabkan JPJ tak luluskan di peringkat ini?

ok, kat jpj nih, diorang test drive kete kita, make sure suspension n
braking mantap... kalau 2-2 nih ok, memang takde masalah utk lulus....


f.  bawak surat jpj lulus nih tadi ke jpj putrajaya (kawal selia) dan
    dapatkan lagi satu surat dari mereka, dan dalam surat tu akan berbunyi
    lebih kurang macam nih la ayat dia " sila bawak kenderaan tuan ke
    puspakon utk pemeriksaan"...

Soalan : Khidmat runner boleh digunakan lagi ke? Dengarnya, sampai ke Parlimen
complaint pasal runner..Ahli parlimen bidas runner boleh potong
barisan, boleh kasi lepas apa-apa conversion..Boleh pakai runner lagi
ker? Boleh beritahu runner yang dikenali..? Mesti ko kenal, orang kuat
Front Liners mesti ada ramai contact..


tak payah pakai runner, kalau konversion yg kita buat masih dalam had yg
dibenarkan.. save duit, cuma masa la akan rugi sket.. sbb bnyak
prosedur... runner still bleh pakai..


g.  bawak kete pegi mana2 puspakom utk test atas alat2 komputer pula, macam side slip, headlight, braking,   chasis n sebagainye... bayaran: rm40 sahaja...

Soalan : Adakah surat puspakom ni laku di JPJ..? Kalau puspakom tak luluskan, kena tukar balik enjin lama? Atau dia tak usik dah pasal enjin? Chasis ada kaitan dengan enjin, kan? Dia usik pasal disc brake je ke, apa ke, benda-benda kecil tu je?

dah tentu2 surat puspakom yg jpj nih nak tengok sblm potong no. engine lama.. make sure buat copy utk setiap result, sbb jpj akan simpan yg ori....kat puspakom nih, dia chek kita punye brek, suspension, lampu tinggi, chaisis, side slip tapi semua pakai mesin, yg mase kat (b) tu kat jpj, diorang test drive je...

kalau tak lulus kat sinih, kita kene la repair ape yg tak lulus tuh, maybe brake ke, henbrek ke, tak perlu tuka balik engine lama... sbb jpj putrajaya dah kuarkan surat kawal selia... tapi kalau chasis kantoi ade potong bodi ke, kene sita la hehehhe...


ko kene tau beza test kat jpj ngan test kat puspakom... permohonan tu pon kene tau... ringkasan:

step:
1. mohon kat putrajaya nak tuka henjin

2. kalau putrajaya cakap boleh, baru pi carik hafkat, carik wokshop, dan buat konversion...

3. kete dah siap konbet, bawak pegi jpj negeri, utk test drive... bawak surat kelulusan/kebenaran     dari jpj putrajaya tuh sekali...

4. kalau lulus, diorang (jpj negeri) kuarkan surat "kereta ini selamat" dan lulus...

5. bawak surat lulus daripada jpj negeri nih utk ke jpj putrajaya utk dapatkan surat kawal selia...

6. jpj putrajaya kuarkan surat kawal selia... bawak surat nih pegi puspakom pula...

7. kat puspakom, tunjukkan dia surat kawal selia (jpj putrajaya) dan buat test atas mesin...

8. kalau lulus, pegi jpj negeri bawak result, surat beli henjin apo semua utk potong no. engine...



END..